Sinopsis Paku (filem)

Filem ini mengisahkan tentang Fahmi (Johan As'ari) yang amat mencintai isterinya Riana (Aishah Ilias) dan dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa isterinya sudah meninggal dunia. Oleh kerna disebabkan ketaksuban cintanya itu membuatkan Fahmi sanggup mencari seorang bomoh untuk menghidupkan semula Riana. Riana telah berjaya dihidupkan semula dan mereka bersatu sehinggalah Riana melahirkan seorang anak. Namun benarkah itu adalah Riana? Apakah yang akan terjadi kepada kehidupan Fahmi selepas itu?